Friday, February 3, 2012

FaLsAfAh..FaLsAfAh...

Alam terbentang luas dan manusia hidup di dalamnya. Manusia dapat menyaksikan akan keindahan dan ketersusunan alam ini dengan menggunakan pancaindera dan akal yang dimiliki. Kehidupan manusia tidak dapat menghindari alam ini. Maka timbullah perasaan akan adanya suatu kuasa yang mentadbir dan menyusun perjalanan alam ini.
Di dalam dunia ini terdapat pelbagai agama dan anutan serta kepercayaan manusia terhadap tuhan masing-masing. Manusia beragama percaya bahawa terdapat satu entiti yang menguasai dan mengendali akan setiap kejadian dalam kehidupan mereka. Entiti tersebut sama ada sebagai apa yang ditakrifkan oleh sebahagian orang yang berpegang pada agama sebagai tuhan ataupun sebagai apa yang ditakrifkan sebagai dewa atau sesuatu kuasa yang ghaib bagi segolongan yang lain. Mereka amat teguh berpegang pada amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan tetapi agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan beragama ini melibatkan kepercayaan oleh satu komuniti manusia atau kelompok masyarakat terhadap sesuatu perkara. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama.Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui:
·         Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
·         Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
·         Pernyataan seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
·         Benda-benda material yang zahir seperti bangunan masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Kepercayaan beragama bukan sahaja menuntut kumpulan komuniti itu taat, patuh serta yakin terhadap tuhan sebagai hubungan mereka dengan tuhan malah kepercayaan beragama menyebut, salah satu ciri agama adalah berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.

Thursday, July 1, 2010

Jika kita selalu merasakan kita tidak layak menerima sesuatu yang baik dan berharga. Apabila perkara baik dan berharga itu datang tetapi kita tidak melakukan apa yang sepatutnya sehingga ia terlepas dari tangan. Erti kata lain, anda telah sabotaj diri sendiri. Namun ini adalah satu topik yang memerlukan kupasan tersendiri.

Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu


Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran,dugaan dan tekanan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh mersakan betapa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat dan keinginan adalah buta jika tidak disertai pengetahuan. Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasan ilmu.

Hidup tak selalunya indah tapi indah itu tetap
hidup dalam kenangan.

Jangan sesekali kita meremehkan sesuatu perbuatan
baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Tuesday, August 18, 2009

GaMbO aKu MaSe Kt TaNdAs MiNeS


Gambo ni mase aku tengah berdating ngan awek aku(sekarang bini ah..)boring sangat tunggu bini,aku pun terambik ah gambo sendiri..lagipun masa 2 baru beli hanset..sajer ah try..teringat jugak masa dating dulu ah..sekarang dating ngan bini ajerlah..peneman hidupku..heheh